Treler Susu Terbalik, Penduduk Kampung Serbu Ambil Susu

Wah! Untunglah orang Kampung Tawang, Bachok Kelantan pagi tadi bila sebuah treler yang bawa muatan susu terbalik di simpang tiga. Kejadian yang berlaku awal pagi tadi itu membuatkan penduduk kampung seperti berpesta kerana dapat mengutip susu tin yang bertaburan.

Treler yang dalam perjalanan untuk menghantar bekalan di sekitar Bachok itu dilaporkan hilang kawalan ketika melalu simpang berkenaan dan terbalik sehingga menyebabkan ribuan tin susu bertaburan di atas jalan.

Sumber Gambar: Facebook Pemandu Van Jenazah

Apa yang menarik adalah, ada seorang penduduk kampung berjaya merakam suasana di mana semua penduduk kampung sedang sibuk menguti susu dan ada juga yang dilihat mengambil sehinga berkotak-kotak. Rakaman terbabit tersebar di sosial media.

Namun, syukurlah pemandu treler terbabit hanya alami cedera ringan. Tapi tidak pastilah samaada perbuatan penduduk kampung mengutip susu ini dibenarkan pemilik atau tidak, kerana ada yang mengatakan pemilik membenarkan ia diagihkan kepada penduduk kampung dan ada juga yang mengatakan pemilik menghalang perbuatan itu.

Sumber: New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan



(Visited 1 times, 1 visits today)

Be the first to comment

Leave a Reply