Kenal dengan jejaka Kelantan, gadis Korea dapat hidayah peluk Islam

Seperti yang kita ketahui, bukan mudah bagi seseorang itu untuk mengubah pegangan atau kepercayaan agama yang telah lama dianuti sejak kecil.

Namun, lain pula kisah gadis berasal dari Korea dikenali sebagai You Narae yang menjalani kehidupan tanpa menganut sebarang agama akan tetapi dia percaya dengan kewujudan Tuhan.

Berkenalan dengan seorang jejaka Melayu dari Kota Bharu, Kelantan dikenali sebagai Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 27 tahun, yang ketika itu sedang menuntut di Universiti Korea, Seoul mula menjentik hatinya untuk mengenali Islam.


“Sebelum ini, saya memang percaya tuhan itu wujud, tapi tidak tahu agama apa yang harus saya ikuti sebelum dipertemukan dengan Ryzal yang saya anggap sebagai ‘saluran’ hidayah Allah kepada saya,” katanya.

Dia melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Ryzal, pada 1 Ramadan lalu sebelum dirujuk kepada Imam Masjid Itaewon.

Ryzal kini bekerja sebagai perunding jualan di sebuah syarikat telekomunikasi di Suwon mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada awal Julai.

Ternyata kisah ini mendapat perhatian ramai yang rata-rata berasa kagum dengan You Narae selain mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Alhamdulillah! Sejuk hati abang…

Alhamdulillah sedia mendalami Islam…

Tahniah! Selamat pengantin baru dengan saudara baru…

Bakal isteri molek dah… Suami?

(Visited 4 times, 1 visits today)