Imamkan solat jenazah & uruskan pengebumian, bakti akhir Mawi buat ibu tercinta

Semalam, selebriti terkenal, Asmawi Ani baru sahaja kehilangan ibu tercinta iaitu Ramlah Sarlan disebabkan sakit tua. Pemergian allahyarham amat dirasai oleh Mawi dan seluruh ahli keluarga berikutan bapanya, Ani Ahmad telah terlebih dahulu menemui Illahi pada 2006.

Bakti akhir sebagai anak
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak pada pagi 20 Jun. Jenazah Allahyarham ibu Mawi telah disembahyangkan dengan berimamkan Mawi sendiri di rumah keluarganya.

Momen tersebut menjadi sesuatu yang paling diingati kerana merujuk kepada bakti terakhir anak kepada ibu sebelum berpisah. Perkara itu telah berjaya dirakam oleh Harian Metro semasa membuat liputan disana.

Sama-sama turun ke liang lahat
Mawi juga turut turun ke liang lahad bagi mengebumikan jenazah dibantu penduduk kampung dan juga rakan-rakan artis yang lain seperti Along Cham. Bakti terakhirnya untuk ibu tersayang itu telah diabadikan di Instagram miliknya untuk berkongsi kepada para peminat.

View this post on Instagram

Emak 😘

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on

Imamkan sendiri jenazah ibu
Mawi telah menjadi imam unutk solat jenazah di kediaman keluarganya sebelum jenazah ibu tersayang dibawa ke tanah perkuburan bagi urusan seterusnya. Hal tersebut membuatkan para netizen berasa sebak dan kagum dengan tanggunjawab yang dapat dilaksanakan oleh Mawi selaku anak lelaki.

Menurut sumber, allahyarham mengalami komplikasi beberapa penyakit termasuk jangkitan kuman pada paru-paru, dimasukkan ke hospital sejak Syawal kelima sebelum dibenarkan pulang tengah hari semalam atas permintaan sendiri.

Salam takziah sahabat
menjengah ke ruangan komen di Instagram Mawi, rata-rata rakan artis dan netizen telah meninggalkan ucapan takziah kepada artis lelaki itu. Mereka turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli keluarga tabah dengan dugaan yang diterima.

(Visited 7 times, 1 visits today)