“Dah la kematian belum terbela, potret wajah diconteng pula..”

Lukisan mural potret Muhammad Adib Mohd Kassim di bawah jejambat berdepan Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menerusi gambar yang dikongsi di laman Facebook Friends of Bomba, kelihatan bahagian wajah Allahyarham diconteng menggunakan tin semburan cat berwarna hitam.

Selepas diconteng

Potret yang dilukis hitam dan putih sebagai tanda memperingati pegawai bomba itu baru sahaja tular 23 Jun lalu, namun sudah ‘dikerjakan’ oleh si pelaku.

Sebelum diconteng

Potret Arwah Adib bawah flyover berdepan balai bomba seksyen 15 shah alam #alfatihah buat Adib..semoga terbela nasib arwah

Posted by Friends of Bomba Malaysia on Sunday, 23 June 2019

Posting berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata geram dengan tindakan vandalisme yang disifatkan sebagai biadab itu.

Namun tidak kurang ada juga menitipkan doa agar roh arwah Adib dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Harap si pelaku dapat balasan


Al-Fatihah untuk perwira negara!

Semalam masih elok, hari ni?

Kematian insan2 yang tak berdosa

Dah la kematian belum terbela

Biadab & takde hati perut!

Terdahulu, arwah yang berusia 24 tahun parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada November tahun lalu.

Setelah tiga minggu bertarung nyawa, Allahyarham pergi menghadap Ilahi pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

(Visited 3 times, 1 visits today)