Cikgu cun sambut murid pelbagai cara, ramai pilih untuk dipeluk

Tidak dinafikan terdapat segelintir murid tidak bersemangat untuk hadir ke sekolah bagi menuntut ilmu.

Perkara itu mungkin disebabkan oleh beberapa faktor antaranya sikap guru terlalu ‘strict’ ataupun suasana pembelajaran yang membosankan.

Namun berbeza bagi seorang guru dari Thailand ini, Nattaya Nat yang mempunyai cara tersendiri untuk mewujudkan suasana ceria sebelum memulakan sesi pembelajaran.


Terbaru, guru berusia 25 tahun itu berkongsi sebuah video di laman Facebook yang kelihatan dia menyambut murid-muridnya di hadapan pintu sebelum masuk ke dalam kelas.

Empat pilihan sambutan!

~สวัสดีตอนเช้า #ลูกลิง🐒💕

Posted by Nattaya Nat on Thursday, 20 June 2019

Lebih menarik perhatian apabila Nattaya akan menyambut mereka berdasarkan pilihan masing-masing seperti bersalaman atau berpelukan.

Rakaman video yang dimuat naik tular setelah menerima lebih 3.4 juta tontonan serta 21,000 tanda suka daripada warganet.

Antara video suasana dalam kelas :

~สนุกเค้าแหละ 😂❤️ #ก่อนกลับบ้าน

Posted by Nattaya Nat on Thursday, 9 August 2018

(Visited 6 times, 1 visits today)