6 Cara Mudah Hilangkan Calar Pada Cermin Mata, Tak Perlu Beli Baru…

Cermin mata bercalar memang tidak menyelesakan kerana menjejaskan pandangan. Sebab itu ramai pengguna kaca mata sanggup menggantikannya dengan yang baru.

Biasanya modal untuk kaca mata baru bukan sedikit. Tapi sebenarnya cermin mata yang bercalar ini tak perlu diganti baru. Ada cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya agar penglihatan anda jelas seperti memakai kaca mata baru.

Ada 6 cara yang boleh anda praktikkan.

1.Baking Soda Dan Air

Teknik guna baking soda ini paling jimat dan mudah. Campurkan satu sudu besar baking soda dengan satu sudu besar air. Gaulkan dan gosok campuran ini pada cermin mata yang bercalar. Seterusnya basuh dengan air dan lap bersih menggunakan kain mikrofiber.

2.Baking Soda Dan Cuka

Masih menggunakan baking soda tapi kali ini dengan cuka. Untuk menghilangkan calar yang kecil, campurkan satu sudu besar baking soda dengan satu sudu teh cuka. Gaul campuran ini dan gosok pada bahagian cermin yang bercalar. Selepas itu bilas dengan air dan lap dengan tisu lembut.

3. Ubat Gigi

Ambil sedikit ubat gigi, menggunakan jari gosok secara membulat pada bahagian cermin mata yang bercalar. Kemudian lap dengan tisu. Sekiranya calar agak dalam, anda mungkin perlu ulang prosedur ini 3 hingga 4 kali.

4. Cecair Pencuci Pinggan

Bukan saja menghilangkan kotoran pada cermin mata cecair pencuci pinggan ia juga boleh mengurangkan calar. Cuma gosok bahagian yang kotor dan bercalar dengan cecair ini tanpa mencampurkannya dengan air. Kemudian bilas dengan air dan bersihkan dengan tisu.

5. Wax

Gosok calar dengan wax secara membulat sehingga calar hilang. Kemudian bersihkan lebihan wax dengan kain lembut.

6. Pengilat Kayu Dan Vaseline

Sembur pengilat kayu pada cermin mata, seterusnya ambil sedikit vaseline dan gosok permukaan cermin. Insya- Allah calar cermin mata semakin berkurangan.

Sumber: Brightside.me

(Visited 17 times, 1 visits today)