3 Remaja Rosakkan Makanan Family Mart Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Beberapa hari yang lepas viral di laman sosial satu video menunjukkan remaja lelaki yang bertindak merosakkan barang makanan dan minuman di sebuah kedai serbaneka di Nilai, Negeri Sembilan. Mereka telah direman pihak polis sebelum ini apabila pihak pengurusan kedai membuat laporan polis berkenaan penularan video tersebut.

Terbaru menerusi Harian Metro, tiga orang remaja tersebut telah dibebaskan atas jaminan pihak polis selepas tempoh tahanan reman empat hari telah berakhir.

Tiada pertuduhan akan dibuat lagi


Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia 18 dan 20 tahun itu dibebaskan semalam selepas tempoh tahanan reman empat hari berakhir.

Kita sudah merujuk kes kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan tiada pertuduhan akan dibuat.

Kesalahan yang dibuat sudah diambil tindakan reman untuk siasatan lanjut polis dan ia memadai.

Berjaya menahan suspek selepas menerima laporan

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendahtar Mahkamah Khas Reman, Nurhayatie Mohd Saini apabila pengurus kedai serbaneka itu membuat laporan polis berhubung kes berkenaan. Sejurus menerima laporan pihak polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek.

(Visited 2 times, 1 visits today)