3 bulan peluk Islam, Ayana Jihye Moon dedah wajah adik lelaki

Tindakan Instafamous muslimah mualaf, Ayana Jihye Moon mendedahkan wajah adik lelakinya hujung minggu lalu mengundang perhatian ramai terutama kaum wanita.

Menerusi laman Instagram, gadis berusia 24 tahun itu memuat naik beberapa keping gambar adiknya yang juga seorang mualaf apabila memeluk Islam sejak tiga bulan lalu.

“Adik lelaki kesayangan saya sibuk mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan akhir kerana dia mahu mendapat markah cemerlang,” tulisnya.
Posting mengenai adiknya yang bernama Aydin Seongwook Moon itu menerima pelbagai komen peminat dan pengikut di Instagram.

Rata-rata netizen memuji ketampanan remaja berusia 17 tahun berkenaan dan mengusik serta berhasrat mahu menjadi adik ipar kepada Ayana.

Kenapa ganteng sangat?

Calon ‘imam’ kot?

Akhirnya! Lama tunggu…

MashaAllah comelnya!

Semoga adik beradik terus istiqamah

Hai kakak ipar!

Ketika ditanya sama ada Aydin mahu menyambung pengajian di Indonesia atau Korea, Ayana memberitahu adiknya memilih Malaysia untuk menuntut ilmu.

Terdahulu, bekas ahli kumpulan K-Pop F-VE Dolls itu tidak mendedahkan wajah adiknya kepada umum walaupun sering ditanya mengenai remaja tersebut.

(Visited 15 times, 1 visits today)