2 Tanaman Hiasan Yang Selalu Ada Dalam Rumah Tapi Sebenarnya Beracun..

Dua pokok ini selalu jadi hiasan di dalam rumah kita. Tapi ramai yang tak tahu bahawa tanaman ini sebenarnya beracun.

Malah baru-baru ini juga tersebar di media sosial kisah seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang mengalami kekejangan pada mulut dan juga lidah apabila memasukkan daun tanaman ini ke dalam mulutnya.

Kejang Mulut Dan Lidah

“Kejadian petang kelmarin. Nashwa main kt luar rumah dia ambil pokok tu dan gigit sikit. Just a tiny bit. Masuk rumah menangis mcm luka teruk but tak nampak luka atau apa2 kesan sakit. Panik ibu pun tak tahu punca apa.

This 4 years old girl taknak bagitau takut ibu marah dia. Lepas diasak tanya Nashwa dia ckp dia gigit daun tu. Terus suruh adik google n jumpa dekat website about this plant.

Dieffebachia

Pokok hiasan yg sering di perkarangan rumah. Getah dan daun mengandungi calcium oxalate yg mnyebabkan gatal-gatal, kekejangan bibir dan lidah. Yes betul pokok tu! Nashwa nangis sambil mulut ternganga takleh tutup mungkin sebab kejang bibir. Air liur pun menitik tak henti.

Terus start kereta bawak ke klinik. Doktor tanya ada telan tak. Ibu dah la tak tahu, Nashwa pulak pula tak boleh cakap. Doc cek bibir bengkak sikit, pernafasan semua ok. Doktor kata kalau dia telan, bengkak pada kerongkong, boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat.

Doktor beri ubat sapu bengkak, alergik dan charcoal untuk serap racun klau ada yg masuk perut. Alhamdulillah hari ni dah okey.

Tanya Nashwa kakak makan ka daun tu? Then dia cerita, dia amik satu tangkai dan koyakkan daun tu. Ada dia gigit sikit je. Lepas tu dia ludah balik dan lari masuk rumah minum air. Katanya pedih. Luckily sikit je. Kalau tertelan banyak? Nauzubillah moga dijauhkan.

(Kredit: Facebook Husnul khotimah Fahmi)

Fakta Tentang Pokok Keladi Dieffenbachia

Tanaman hiasan ini sering kelihatan menghiasi taman dan bahagian dalam rumah.

Jika diteliti dengan mikroskop, ia mempunyai hablur kristal halus berbentuk jarum dari ‘kalsium oksalate.’

Apabila daun ini mungkin dimakan tanpa sengaja oleh anak, ia boleh menyebabkan rasa ‘mencucuk’ lidah, mulut membengkak dan air liur meleleh. Jika dalam keadaan teruk, mulut jadi kaku dan memudaratkan.

Tumbuhan ini haruslah dijauhi dan dielakkan terutama bagi yang mempunyai anak kecil.

Pokok Duit-Duit Juga Kategori Beracun

Selain pokok keladi, pokok duit-duit juga dikategorikan sebagai tanaman beracun. Tanaman tropika ini berasal dari Afrika dan dikatakan boleh menyebabkan gatal pada bahagian tubuh terutama kulit sensitif.

Dikatakan juga, tanaman ini mempunyai racun pada bahagian tertentu. Kebiasannya pokok duit-duit dijadikan hiasan meja sudut luar atau dalam rumah.

Ini kerana daunnya yang tebal dan berkilat menghasilkan sudut pandangan menarik.

Namun harus berwaspada kerana tumbuhan ini antara pokok hiasan beracun yang boleh merbahayakan kesihatan.

Sumber: Harian Metro Pakar Diari Hati

(Visited 28 times, 1 visits today)